Monday 28 February 2011

mahu tapi mahu.

jam tangan, atau tas tangan, tak kesah la ape2 yg org panggil, penunjuk mase ke ape ke, fungsinya tetap same, iaitu menunjukkan masa atau jam kepada kita. dulu2 org pakai kayu je nak tgk mase, tp skrg zaman dah moden kan.weeeee.tahniah kepada dunia atas kemodenan anda. :)


Limited ni bos. bak kate dorg2. wuuuuuu,jam robot.hahahaha

g shock evangelion. jepun je ade.
 tgk jam2 ni rase jatuh hati le plak. tapi apekan daya, tidak dapat dimiliki.huuuuuu.sedey r. mat hijau plak tgh sibuk cari jam couple.hehehehe. Aku doakan Mat Hijau dan Esya bahagia sampai ke akhir hayat. Amin :)

Friday 25 February 2011

jumaat.

hari ini modul kepimpinan ape ntah. untuk student part 4. tdo kol 4.30 pagi, pukol 7.30 da bangun. mandi2 siap2 smue, tros ke DA. ceramah mule2 tu agak bosan la. pastu yg kedue ok le sikit. ketawe la jugak sekilo due. hahahahaha. habis smue tu, pgi smyg jumaat sebab sebagai org Islam, kite harus menunaikan tuntutan agama ye. :)

Thursday 24 February 2011

study bersama bunklee

malam ni rase bersemangat untuk study selepas semangat yang dicari xdatang2. bukan salah aku, salah semangat aku laaaa. due jam lebih jugak la aku stdy FAR hari ini. minggu ni aku ade 4 test. 1 dah lepas. 2 hari sabtu n 1 hari ahad. macam org gile wa cakap luu. otak ni mcm tabole terima da. tp dengan semangat yang ada, aku belaja jugak.

dengan bantuan bunklee, die berjaya buat aku faham. terima kasih tak terhingga ayed ucapkan. slame hampir dua bulan aku belaja, harini baru aku reti nak buat sikit2. ape nak jadi ni yed oiii. tapi aku nampak perubahan dalam isma. die pon turut serta stdy. aku mcm x percaya. hahahaha. die la teman membazir duit aku. lalalalalala.

berbalik kepada kisah td, dengan kepala yang botak dan mata yang ngantuk sikit2, aku dengan tekun mempelajari bende2 alah yang sepatutnye aku tawu dari awal sem. dapat tawu sikit pon jadila kan pade x tawu langsung.hahahaha.

minggu ni tersangatlah busy. rase nak pergi melancong ke Bali pon ade. melarikan diri dari kesibukan kehidupan. tp xde mase (sebenarnya x mampu). hahahaha. kata hikmah untuk hari ini : Berdampinglah dengan ilmu, kerana sesungguhnya ilmu akan membawa kita jauh dalam kehidupan :)

hari khamis

hari ini khamis bersamaan ntah brape haribulan. hari ini berlalu seperti biasa. takde klas sebab hari khamis klas aku mmg xde klas. bangun lewat,pastu pegi mkn ngn mat hijau kt medan slera.pastu nak pgi gunting rambut,sampai kt kedai rase mcm xnak gunting pulak.lepas tu balik bilik n siap2 nak pgi rmh mok a.k.a donat. rumah die katenye 15 minit je dr uitm, tp boleh tahan la jauhnye. jalan berliku ku harung rolla costa bak kata malique.hahahahaha.sampai sane kami makan2. ehh,kami pegi sane 10 org taw. kete 889 n 656. aku,atha,ali,isma,din,ezaq,bunklee,ewan,jobo n sudah semestinye tuan rumah iaitu mok. din tu ikot secara tiba2. hahahaha. makan nasi minyak n ayam masak merah. perot dah kenyang, hati dah senang, tapi tak kaya2. hahahahaha lagi skali. ermmm,pastu balik. sampai dungun, ingat nak gunting rambut plak, tp kdai tu tutup. ngade2 nak rehat katenye. pstu kami pon balik le kampus. sampai kampus dlm pkol 7.50, pukul 8 aku dah ajak atha,isma n tun(koya KL) pgi banda.nak menziarah pasar malam yg dah berzaman aku x pgi. nampak pulak hamster kt psr mlm tu. igt nak beli, tp pikey2 balik, takot hamster tu mati lemas asap rokok je nti dalam bilik aku ni. pas tu beli yong tau fu. sampai RM21 yeeee. agak x kelaka la sebab bajet aku hanyelah RM10 je. natang tol dooooo. sudahlah cite pasar malam. aku skali lagi pegi ke kedai AWIE dengan harapan die dah habis rehat. Alhamdulilah mereka sudah bersedia menerima customer dan dengan masa tak sampai 10 minit, tepi no 2 n atas no 3, tadaaaa, rambutku separa botak. weeeee. isma kate macam upin n ipin. sebenanye die xpuas hati sebab die x dpt nk gntg rmbt die (sbnanye die dlm dilema nak gntg ke x). tp atha gunting rmbt. kacak bebbbb macha tu. hahahahaha. kemudian berakhirlah perjalanan kami hari ini :)

Tuesday 22 February 2011

blog blug bleg

22 haribulan Dua dalam kelas AIS280, baru ada blog. tu pon mintak tolong Khairul Izwan Fahmie ajarkan. Time kasih kat die. die la teman sumbat aku dalam kelas. pegi kelas sekali, balik pon sekali. takkan la balik dua kali pulak kan. hahaha. salam sejagat.